Kidventure – Webinar Atas Talian Operasi Perniagaan

7 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2026 telah diadakan Program KidVenture Webinar Atas Talian: Operasi Perniagaan yang dilaksanakan secara dalam talian di NADI Felcra Sungai Ara yang melibatkan pelajar sekolah rendah. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas pengurusan dan operasi perniagaan dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan santai.

Sepanjang webinar berlangsung, peserta didedahkan dengan konsep asas perniagaan, kepentingan perancangan operasi yang sistematik serta elemen pengurusan yang berkesan dalam memastikan kelancaran sesebuah perniagaan. Program ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan peserta tentang dunia keusahawanan, malah turut memupuk minat dan keyakinan dalam kalangan generasi muda untuk menceburi bidang perniagaan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali